Monday, October 1, 2012

    

Pokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. Antara kebaikan arau keistimewaan air kelapa terhadap tubuh badan anda adalah :
  1. Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan mengstabilkan suhu didalam badan.
  2. Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
  3. Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
  4. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
  5. Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
  6. Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
  7. Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
  8. Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
  9. Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
  10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
  11. Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
  12. Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
  13. Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
  14. Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

Tuesday, November 29, 2011

Pengorbanan Cinta...

Seekor Burung telah jatuh cinta pada sekuntum Mawar Putih ,
Dan Burung berharap Mawar Putih dapat menerimanya ,
Disebabkan terlalu taksub dengan Cinta ,
Burung sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat dicintai oleh Mawar Puteh ,
Satu hari Burung ingin melamar Mawar Putih ,
Kata Burung "Mawar Puteh biarlah hamba berterus terang,sudah lama hamba terpikat pada mu,Mawar Puteh" ...
Mawar Puteh hanya mendiamkan diri ( Mawar Puteh berkata dalam hati: Baik aku uji Burung Adakah dia sanggup buat apa yang aku suruh? )
Burung bertanya:Sudikah,Mawar Puteh Menerima ku?
Maka jawab Mawar Putih "apabila diriku bertukar menjadi Mawar Merah baru aku dapat terima mu, Burung", ...
Tanpa melenggahkan masa lagi ,
Burung dengan serta merta mencederakan dirinya dan menumpahkan darahnya ke atas Mawar Putih ,
Setelah Dicurahkan Darah , Mawar Putih telah bertukar menjadi Mawar Merah dan ia telah jatuh cinta kepada Burung yang sanggup menunaikan permintaannya tadi ,
Tapi sayang seribu kali sayang , Burung itu sudah tiada lagi akibat kecederaan yang amat parah,
Adakah ini Cinta ?
Jawapannya : Ya , tapi bagai bertepuk sebelah tangan ataupun Cinta yang diperbodohkan ...

Ingat ye kawan2,..lebih baik BerCinta Selepas kahwin...daripada kita bercouple,bercinta dan tidak mempunyai ikatan yang SAH....betul tak?
Selain itu, Kita jugak perlu ingat bahawa...Cinta yang Setia , Sejati , dan Tak berbelah bahagi....adalah Cinta pada Ilahi..
Dengan Keredhaannya Sahaja yang dapat membuatkan Cinta Kita Semua Kekal....
Jangan pula dilupa Cinta Pada ILMU...kerana ILMU yang bermanfaat kita boleh bawa ke mana-mana sahaja termasuklah setelah kita meninggal nanti...

Thursday, May 13, 2010

Pentingnya Ilmu!!

Ilmu pelita hidup,
Cahaya nya dapat kita cari sekiranya,
Rajin membaca,menulis,mencuba mengingatinya,
Andai kata kita sempat Mengajar Insan lain,
Ajarlah Ilmu yang bermanfaat,
Agar dapat diwarisi hingga ke generasi akan datang,
Dan Ingatlah bahawa Ilmu bermanfaat yang telah kita semai,
Dan Di Amalkan Dengan Baik,
Maka Insya-Allah kita akan mendapat rahmat serta Pahala,...

Menuntut lah ilmu hingga ke akhir hayat Mu!!!
Andai kata Kita tidak menurunkan Ilmu yang Bermanfaat ini kepada anak2 kita ataupun generasi kita maka,...kemungkinan besar kemahiran yang ada pada kita akan hilang tanpa dilihat,selidik ataupun disebut.....ia sangat Rugi...
Sedangkan Ilmu yang Kita tuntut adalah untuk kita dan generasi kita gunakan di Jalan Allah...